PROFIL

DEFINISI
Baytul Hikma merupakan sebuah institusi penerbitan buku dan konsultansi pendidikan yang melibatkan pelbagai disiplin ilmu. Ia berkonsepkan revelatif, rasional dan empirik.

ASAL-USUL
Nama Baytul Hikma ( بيت الحكمة ) diambil daripada nama sebuah institusi ilmu yang wujud pada zaman kegemilangan Islam suatu masa dahulu. Institusi Baytul Hikma terletak di Baghdad, Iraq.

Institusi itu bukan sekadar terkenal dengan buku-buku ilmiahnya yang melimpah-ruah, malah ia juga dipenuhi dengan para ilmuwan dan para pengkaji dari seluruh pelusuk dunia. Mereka saling berbincang, mengkaji dan bertukar pendapat untuk membangunkan sesuatu ilmu secara serius dan mendalam.

OBJEKTIF
1. Memindahkan ilmu-ilmu ke dalam kebudayaan Islam.
2. Memberi kesedaran kepada umat Islam mengenai kepentingan mencari dan mengkaji ilmu.
3. Menghidupkan budaya intelektualisme yang sebenar dalam kalangan umat Islam.
4. Menyeimbangkan aspek intelektualisme dan aktivisme melalui pembentukan adab.

AKTIVITI
1. Menghasilkan buku-buku ilmiyyah.
2. Menterjemah karya-karya asing.
3. Menganjurkan program-program ilmiyyah dan intelektual.
4. Menyusun kerangka ilmu secara integratif dan eklektik.



PENDAFTARAN
Baytul Hikma telah berdaftar melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2014 dengan  nama "Baytul Hikma Resources". Nombor pendaftaran syarikat ialah PG0378209-M.